MY ASSIGNMENT

12/09/2009 07:09

Title: How Multimedia Technology Could Enhance The Level Of Creative Thinking Amongst Local Designer.

    Multimedia boleh didefinisikan sebagai penggunaan komputer untuk menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video supaya pengguna dapat berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi melaluinya. Multimedia sememangnya telah banyak memberi sumbangan kepada bidang seni reka dan membantu artis-artis dalam bidang tersebut. Multimedia telah membantu artis-artis atau pereka tempatan dalam menjana idea-idea baru dan kreatif dalam rekaan mereka. Pereka-pereka seni tempatan banyak melahirkan idea-idea yang menarik dan bermutu bagi menghasilkan rekaan yang dapat bersaing diperingkat antarabangsa. Dengan adanya pemikiran kreatif, seseorang pereka dapat melahirkan pelbagai idea yang dapat membantunya dalam menghasilkan suatu rekaan yang menarik dan berpotensi tinggi untuk bersaing dengan pereka-pereka bertaraf dunia. Kecekapan pereka tempatan menggunakan minda dalam menjana idea yang menarik dan kreatif seterusnya dapat diaplikasikan dalam penghasilan rekaanya.

    Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah yang pertama dengan mencipta analogi. Analogi bermaksud persamaan antara bentuk yang menjadi dasar terbentuknya yang lain. Dengan analogi ini pereka akan memperolehi pelbagai idea daripada ilmu-ilmu bahasa yang telah dipelajari oleh pereka tersebut. selain itu, ilmu yang dipelajari akan menjadi dasar penting kepada pereka untuk memperolehi pelbagai bentuk seni reka. Seterusnya ialah menjana dan menghasilkan idea-idea baru. Seseorang pereka seni dapat menjana pelbagai idea-idea baru yang mampu memberi kepuasan terhadap sesuatu karya yang dihasilkannya. Dengan adanya idea-idea baru itu hasil karya seni pereka akan menjadi lebih bernilai dan hasil karya yang dihasilkannya akan berbeza dari yang sebelumnya. Terdapat kaedah yang telah dikenalpasti bagi menerangkan tentang keputusan pemikiran secara kreatif. Sintesis merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan keputusan idea kreatif. Melalui kaedah ini pereka akan mendapat dua atau lebih idea dan apabila digabungkan ianya akan dapat melahirkan idea baru yang lebih kreatif lagi.

    Pemikiran secara kreatif amat penting kepada pereka-pereka seni atau mereka yang terlibat dalam bidang tersebut. Dengan adanya pemikiran secara kreatif ini idea-idea yang diperolehi bagi menghasilkan sesuatu karya atau produk seni itu akan menjadi lebih menarik dan efektif. Segala kemahiran berfikir secara kreatif akan dapat mencipta analogi dan menjana idea baru kepada pereka-pereka tempatan bagi membantu mereka dalam menghasilkan ciptaan mereka.

Contact

MOHD TARMIZI BIN MOHD YUSOFF

mtmy_85@yahoo.com

KG. KANDIS BACHOK,
16310 BACHOK,
KELANTAN.

013-9143726

Search site

© 2009 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode